(6 Gambar) Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Cuba Disembunyikan

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...


Siapa
yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar
kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala
puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26
billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang
berlaku di sebaliknya?!

Dari
apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun
dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih
kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh
kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak
terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan
struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.



Pihak
Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini
mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.

Selain
itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid
Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa
tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah
SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut
fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan
bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti
jika keadaan ini berterusan.

Walaupun
atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,
tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat
tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan
ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI
mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada
persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan
ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan
keluarga Al Saud”

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua
projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini
dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara
tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.

Keyword
disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri
kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah
dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan
hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak
Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan.
Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai
menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita
ni?!



Kemudian
semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group.
Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada
pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian
mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al
Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua
negara Islam?

Tidak
banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini
untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran
yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan
bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat
dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau
yang berlaku di Mekah.



Contoh
pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap
dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam
gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan
perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya
yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah
untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam
gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam
isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di
atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’
Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.


Antara
kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk
menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan
umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa
mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai
golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati
pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut
mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti
seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada
Allah.

Salah
siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan
keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka.
Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud
and Co. Islamik kah ini?!

Last
but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini
country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian
umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka
hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga
As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau
dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau
dipersoalkan.



Semoga
Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah
satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum
yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba
membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan
mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

sumber

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~

LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


Lagi Heboh

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply