Kahwin Dengan Suami Gaji Rendah. Apa Suami Kata Selepas 2 Tahun Buat Ramai TERKEJUT Semoga Kisah Ini Menjadi Iktibar Dan Motivasi Kepada Ramai Wanita.

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Hidup rumah tangga ni memang takkan sempurna. Paling penting suami isteri kena lah saling melengkapi. Tahu tanggungjawab masing-masing. Ikuti kisah seorang ibu tunggal ni. Semoga jadi iktibar dan motivasi kepada ramai wanita.

LAMA DAPAT IJAZAH TAPI MASIH TAKDE REZEKI KERJA SESUAI

Salam. Aku Diana. Bekerjaya umur 30 dan mempunyai seorang anak perempuan umor 5 tahun yang sangat keletah. Dan aku single mother. Aku seorang yang sangat berdikari. Lahir dari keluarga yang serba sederhana kadangkala kekurangan membuatkan aku bertekad dan belajar bersungguh-sungguh untuk ubah nasib. Aku pemerhati. Bila kau susah, saudara mara pandang sebelah mata, siap perli2.

Selepas SPM Alhamdulillah aku masuk matirc dan kemudian sambung Ijazah juga Master. Aku memang tanam azam untuk belajar tinggi dan bina kerjaya. Selepas SPM aku kerja di sebuah kedai kamera. Kemudian selepas Ijazah, aku lambat dapat kerja dalam bidang aku. Jadi aku kerja sementara di klinik. Aku xsuka goyang kaki.

Dekat setahun juga aku kerja kat klinik sampai bergaduh dengan ibu aku sebab dia malu anak ada ijazah tapi kerja pembantu klinik gaji RM500 saja. Ibu kata anak2 kawan dia dah dapat kerja engineer lat JKR lah, pejabat kontraktor dan sebagainya.

Aku nyaris nak lari dari rumah. Satu malam aku bertekad nak kari sebab dah tak tahan leteran ibu yang malu dengan anak dia ni kerja biasa2. Mujur ayah tahan dan peluk aku. Ayah cakap tak apa belum rezeki lagi. Ayah masih ada mampu nak tanggung keluarga.

Aku diam. Aku tanam azam dan sentiasa berdoa untuk dapat kerja yg bagus. Duit gaji aku habis untuk fotostat resume sijil2 dan tambang pegi interview. Ayah tolong aku staple resume and sijil. Memang berguni. Waktu tu jobstreet tak berapa membantu. Jadi aku pos resume. Beratus aku abis utk job hunting sambil2 kerja kat klinik.

AKHIRNYA DAPAT KERJA

Akhirnya aku dapat kerja. Bidang aku. Di kilang ternama. Dan aku disegani. Aku kerja sungguh2. Bos aku cakap aku berani dan kuat. Aku berani buat keputusan. Walaupon ada masa keputusan aku buat tidak membuahkan hasil poaitif, aku cuba dan cuba lagi.

Aku sambung master part time. Untuk upgrade lagi level dan knowledge aku. Aku nak bina hidup yang lebih baik. Untuk ayah dan ibu. Masa ni ibu nula bangga dengan aku walaupon aku masih terkesan lagi dengan cacian ibu semasa aku belum dapat kerja yang sesuai. Tapi dia tetap ibu. Dan aku kuburkan saja luka tersebut.

KAHWIN DENGAN SUAMI GAJI 3x LEBIH RENDAH

Kemudian aku berkahwin atas pilihan sendiri. Aku amek risiko. Kenapa aku katakan sebagai mengambil risiko? Sebab si dia masa tu gaji sangat kecil. Belajar pon lambat habis. Lepas abes belajar, malas cari kerja. Aku paksa. Dapat gaji kecil. Tak cukup makan pun. Pulak lagi nak beli kereta.

Aku cuba pujuk hati dan aku setuju berkahwin sebab aku optimis dan positif. Aku fikir mestila dia tahu apa tanggungjawab lelaki. Aku kata tak apa. Kita kongsi bayar apa saja rumah makan kereta dan keperluan. Gaji aku waktu itu 3kali gaji dia. Dan aku tak berkira.

Azam aku mahu jadi isteri mithali. Aku tidak kisah aku lebih memberi… balik kerja masak kemas rumah layan suami. Ditakdir rezeki anak. Mujur aku tiada alahan malahan aku aktif kerja sampai bos aku yang risau.

Bila dah sarat, suami masih gaji kecil malahan tiada usaha memajukan diri. Aku yang risaukan masa depan. Bayangkan balik kerja tengok tv and handphone and bola sampai pagi. Tak pernah pulak tanya apa keperluan aku. Cukupkah duit aku. Apa aku mahu. Persiapan anak yg bakal lahir… Bila aku utarakan soalan dan cuba berbincang, dia masuk bilik dan tido. Bincang di meja makan, katanya tengah makan. Tinggalkan aku terkontang kanting.

Tak apa. Aku beli semua persiapan baby dan aku. Pegi checkup sendiri. Sanggup aku ke klinik kerajaan subuh2 sebab suami tak mampu. Diminta teman, katanya mengantok. Aku gagahkan diri walaupon dah sarat. Aku mampu ke hospital swasta tapi aku lebih fikirkan keperluan selepas bersalin lgpon suami tak mampu. Jadi aku pilih hospital kerajaan. Servis sangat bagus.

Rezeki anak, permohonan beli rumah aku lulus. Semi D. Bukan rumah idaman, tapi aku sangat berpuas hati di kala ekonomi negara tak stabil. Dua tingkat dan besar. Cuma belum mampu buat kabinet dan dekorasi. Aku target dalam 3 tahun lagi aku boleh dah buat cabinet dan dekorasi.

KONFLIK DENGAN SUAMI

Tanggungan makin banyak. Kami ada konflik yang makin teruk. Dia xmahu berbincang. Aku jadi semakin degil dan ego. Semua disebabkan oleh sikapnya yang banyak lepas tangan berhubung nafkah. Tak berusaha untuk maju. Mentang2 gaji aku lebih dari dia.

Aku keluar duit. Tp depan keluarganya dikatakan duit dia. Ibarat aku pulak yang menyusahkan dia. Aku jadi membentak. Aku juga malu bila dia masih mintak duit dgn mak ayahnya. Aku rasa malu sangat. Sedangkan aku jenis berdikari dan xmahu menyusahkan orang lain. Selepas kerja tetap seingat aku, aku xpernah mntk duit ibu dan ayah. Malah bulanan aku tak lupa untuk ibu dgn ayah

Terbalik dgn suami. Dia seperti tak malu meminta. Dan sering mengelak uktuk berbincang. Akhirnya aku mintak cerai. Iye aku yang mintak. Sebab aku xmampu bertahan dan hidup begini. Aku terlalu berdikari. Aku terlalu bercita2 tinggi. Aku tak mahu orang pndang rendah kat aku lagi.

AKHIRNYA SAH BERCERAI

Lepas 2 tahun berumahtangga, akhirnya, kami sah bercerai. Tiada apa beza. Malah lebih tenang dan bahagia. Lepas cerai suami macam perangai dia, buat tak tahu je. Aku sengaja buat tuntutan nafkah anak. Bukan tak mampu tapi sebab dia langsung tak tahu apa tanggungjawab dia sebagai bapa. Dia pernah kata, “Aik kenapa aku kena bagi nafkah anak, ko yang jaga anak ko la yang bayar”. Biar mahkamah yg terangkan. Jadi ada hitam putih. Itu lebih memudahkan. Anak dibawah jagaan aku.

Dan hidup sebagai ibu tunggal bukan mudah. Jiran2 kawan2 semua sibuk bertanya. Tapi aku diamkan saja. Aku tak mampu nk percaya orang

Sebab kawab baik sendiri pn jaja cerita aku dibelakang. Aku serik. Memang ada org suka tengok kita jatuh. Aku kuatkan hati. Kerja sungguh2. Sentiasa berdoa. Aku kene kuat.

Walaupn bercerai, aku tak pisahkan anak aku dengan ayah dia. Hari2 dia akan jumpa ayah dia lepas balik sekolah sebab aku balik lewat. Aku masih rasional. Aku biarkan negative vibes jauh2.

REZEKI KERJA BERTAMBAH

RezeKi Allah luas. Dia tarik rezeki aku bersuami. Rezeki kerja aku, dinaikkan pangkat dan gaji sebagai manager. Dia kurniakan aku masa bersama ibu. Ayah dah meninggal. Aku luangkan byk masa dgn ibu. Aku abaikan semua mulut2 puaka yang pndang rendah pada ibu tunggal.

Apa nak malu? Dari kau tersiksa hati dan perasaan, hidup tak tenang, bebanan tekanan. Hidup ni singkat. Diri sendiri saja yang boleh create kebahagiaan sendiri. Masa susah mmg xkan ada siapa dgn kau. Kuatkan hati. Berdikari dan jangan lupa Allah.

Okay dah. Aku nak kejut anak aku. Nk bersiap malam ni flight nak p bercuti kat Melbourne. Doakan kebahagiaan aku dan kegembiraan aku ya kawan2. Semoga Allah kurniakan aku lelaki yg bertanggungjawab dan melindungi aku. Jgn risau. Aku pndai jaga diri.

Bye – Diana

Sumber : IIUM


Lagi Heboh

Loading...