Tasbih Sepanjang 38 Meter Berusia 300 Tahun

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Pernahkan anda lihat tasbih yang panjangnya mencapai puluhan meter? Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat seorang penduduk menyimpan tasbih dengan panjang mencapai 38 meter dan mempunyai 3,300 buah biji tasbih.

Selain itu,panjang atau keistimewaan tasbih yang dianggarkan sejak 300 tahun lalu,ia juga terdapat pada beribu-ribu biji tasbih yang dibuat dari buah manjakani yang di ambil dari Arab Saudi.
Dalam bulan Ramandhan yang suci ini, tasbih yang didakwa dari warga Binuang merupakan terpanjang di dunia dan biasanya digunakan oleh puluhan penduduk untuk berzikir selepas solat Tarawih berjamaah di Masjid Nurul Hidayah Kelurahan Amassangan,
Uniknya, warga tidak berzikir sendirian, melainkan mereka berzikir dengan membuat lingkaran ditengah masjid sambil menggunakan tasbih yang bersaiz panjangnya berpuluh-puluh meter.
Kononnya tasbih tersebut pertama kali dibawa oleh Syeikh Abdul Kadir yang diberi gelaran Haji Mallawi dari tanah Arab ketika menyebarkan agama Islam di Kerajaan Binuang. Benda yang jarang dan unik tersebut dipegang oleh keturunan keenam Syeikh Abdul Kadir yakni Muslimin yang juga menjadi imam masjid Nurul Hidayah Binuang.
Menurut Muslimin, hampir setiap hari tasbih ini digunakan penduduk untuk khatam Al-Quran, maulid dan bacaan tahlil.
Namun untuk menjaga kemampanan benda bersejarah ini, kini tasbih terpanjang yang diperbuat daripada beribu-ribu biji buah manjakani ini hanya dipakai untuk berzikir berjamaah di masjid ketika bulan Ramadhan sahaja serta bacaan tahlil penduduk yang meninggal dunia.
Biasanya dipakai selepas Tarawih. Kita ramai-ramai berzikir dengan mengelilingi tasbih yang pajangnya mencapai 38 meter . Biasa juga dipakai kalau hari Jumaat, namun bukan rutin harian kecuali ada warga yang membuat bacaan tahlil, kata Muslimin.
Malangnya akhir-akhir ini banyak yang mengambil biji tasbih tersebut untuk dijadikan ubat dan tidak pernah dikembalikan semula. Untuk menggantikan biji-biji tasbih yang hilang, seorang pemilik tasbih terpaksa menempah kayu khas yang diambil dari Mesir.

Hingga saat ini tasbih terpanjang ini masih tersimpan di rumah Muslimin. MYNEWSHUB.CC


Lagi Heboh

Loading...